Monday, May 19, 2014

~Yang Ketiga~

Lama sungguh tak updet story kat sini. Sibuk sangat sangat dengan tugasan pejabat. Ke sana ke mari..

Nanti sambung belajar Ogos ni.. pasti zar rindukan suasana huru hara kat pejabat. Tetiba boleh lepak lepak.. rilek baca novel huhuhu.. harus che kiah merempan rempan sebab suasana kalut kalut ni kadangkala bagus. Ianya meransang otak untuk kita fikir secara pantas dan buat keputusan yang terbaik.  Kadang2 bila staf zar datang diskus, selalunya zar akan dengar, digest.. pastu lamaaaaa zar diam.. sebenarnya otak tgh berputar hebat nak fikir apa tindakan yg terbaik.. mana staf yg tak faham selalu ingat zar menung tu fikir benda lain.. mengelamun.. hehehhe.. walaupun kengkadang divert juga fikir benda lain tu..

Sebab tu lah kerja dengan otak ni lebih penat bila penghujung hari.. balik rumah je terlepek... tak mahu fikir apa apa dah.. 

Zar pun dah dapat surat tawaran penempatan di universiti untuk Master Degree nanti. In syaa Allah kalau ada rezeki, 26 Ogos akan mendaftar dan jadi matured student.. huhuhuhu..

Sembang sembang dengan higher management, rasanya macam dah dapat lampu hijau untuk terus sambung ke peringkat doktorate. Jabatan zar dalam usaha untuk develop institut Dalam RMK12 nanti so dia perlukan intermediate officer yang ada doctorate untuk lead the project. Moga moga sihat sihat dan ada rezeki untuk zar sampai ke tahap tu.

Alhamdulillah.. pada 27 Mac lepas, buku penulisan ilmiah zar yang ketiga dah dilancarkan. Syukur sangat sangat.. Untuk 2014, zar dah ada bahan analisis data dah tapi zar decide biarlah data ni jadi dissertation thesis nanti. Tak mahu buat buku. Bagi angkatan muda pula peluang rasa jerih perih nak terbitkan satu satu buku penulisan ni.

 
Dirasmikan pelancarannya oleh Ketua Pengarah Jabatan zar.. Yang banyak beri semangat dan dorongan. Malah paksa zar untuk further study. Terima kasih Dato'. Jasa dan budi Dato'saya kenang sehingga ke akhir hayat.

 
Ini antara buku buku penulisan zar yang telah diterbitkan. Yang paling dekat di hati adalah buku ornamental plant tu. Sebabnya zar terlibat secara langsung dari mula buat survey dari tahun 2007 lagi, tertangguh dua tahun sebab zar sakit, turun ke field, buat analisis, turun balik ke field, kerja menulis, kerja editorial, shooting gambar, 2009 sambung balik turun ke field lagi.. editorial balik.. barulah siap pada tahun 2011. fuhhhhh.. drama air mata memang banyak kalilah nak siapkan buku yang pertama. Sebab masa tu tak ada pengalaman lagi. Segalanya rasa macam susahhhh sangat. Bila dah siap.. perasaan kepuasan tu tak dapat dibanyangkan..
 
Buku yang kedua, skill dah ada. Dah tahu step nak buat apa nak tulis apa.. so agak mudah sikit. Dan buku kajian burung walit ni sangat menarik sebab perkara baru yang zar belajar. Buat networking ramaiiii sangat. Best.. dapat amik pengalaman ushawan usahawan burung walit ni.. 2012 dapat terbitkan.
 
Yang  Ketiga, tentang ikan di Sungai Pahang.. Zar start menulis pun data analisi semua dah ada. gambar semua dah siap so buat sekadar yang mampu sebab feel tak de. Tak turun lapangan memang rasa macam blur sangat. Apa nak tulis pun tak boleh nak digambarkan so kena membaca banyak journal, buku, kertas kerja.. setahun lebih dok meraban tulis dan baca. Tapi siap juga akhirnya pada akhir 2013. Lega sangat..!
 
Mudah-mudahan, buku buku ni memberi manfaat. Zar tak dapat apa apa royalti pun terbitkan buku ni sebab buku-buku ni bukan untuk dijual. Jabatan bagi sebagai bahan rujukan pelajar dan penyelidik. tapi so far, feedback yang jabatan terima, buku buku ni sangat membantu di peringkat universiti untuk mendapatkan maklumat dan data.

Terima Kasih Allah.

4 comments:

  1. tumpang bangga tau kak Zar
    ada kawan saya tulis buku ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih irfa. Kak zar sendiri kengkadang x percaya dah menulis 3 buku .. hehehe..

      Delete
  2. Tahniah Zar..memandangkan Zar dah berjaya menulis 3 buku ilmiah..tiada alasan besar lagi rasanya untuk Zar tidak meneruskan ke peringkat doctorate..insyaAllah..Azwa wish yang terbaik untuk Zar terus menuju puncak..

    err...baru teringat e-mel tak hantar lagi nak dapatkan buku2 tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih azwa. In shaa allah. Harap harap diberikan kesihatan yg baik dan kekuatan mental dan fizikal untuk teruakan cita cita. Dah tua baru nampak jalan.. hehe

      Delete