Friday, February 07, 2014

~New Life in 2014~

Wahhh dah masuk Feb 2014, baru ada mood nak updet blog..

Banyak perkara ketinggalan nak cerita tapi tak de mood nak cerita pun..

Kerja macam biasa. Cuma tahun ni dah pegang prtfolio lain , dah makin ramai anak buah. Makin macam macam perangai.. macam macam kerenah.. ada yg jenis kaki menjawab, ada yang jenis menepis kerja.. silat gayung lagi tepisannya. Sampai satu tahap bertekak kat sms..

Boss besar bila dengar kes bertekak kat sms tu.. siap gelak besar.. hahahah siap sampaikan pesan lagi.. 'Cakap kat Pn Zar... padan muka die.. baru dia tahu nak melayan kerenah anak buah ni cam ne..'

oh bertabahlah hatii... nasib baik che kiah dah tua..dah banyak kesabaran dalam jiwa.. kalau tak, memang ku laserkan aje.. hisss jangan jangan.. not good not good..

Zulaika dah masuk asrama. Sekolah Agama Al Kiblah. Setelah fikir, solat dan muzakarah.. kami percaya inilah yang terbaik. In shaa Allah.. jika kita yakin dengan ketentuan Allah, pasti yg baik kita cari, baiklah hasilnya.

Jangan tanya kenapa kami bulat hati menghantar anak ke asrama.Walaupun anak sorang. Macam macam zar baca dalam status dan komen FB. Apa yang pelik sangat pun che kiah tak faham lah..pelik ke hantar anak ke asrama?

Dari situ zar belajar dan faham banyak perkara. Selalunya macam tak amik pot sangat perangai manusia dalam FB ni tapi rupanya ada spesis manusia yg mmg suka membanding bandingkan hidup dia dengan hidup orang lain..sedey..!

Kalau apa yg kita buat tu betul tak semestinya betul pada orang lain. Lain orang lain cara hidupnya. Tak payahlah nak pelik sangat. Terimalah dalam dunia macam macam cara pemikiran, budaya, style dan gelagat.

So far, zulaika seems so happy there. Dah ramai kawan.. Tiap kali menjenguk dia.. sejuk hati tengok anak anak dara sunti ni bertudung labuh dan berjubah. Dia pun dah mula hafazan.. Kami tak de anak lelaki. Tu lah sorang.. kalau nan sorang ni mampu doakan kami nanti. Alhamdullillah.. syukur sangat.. tak sia sia dia fisabiliilah.. keluar rumah menuntut ilmu Allah dengan restu dan doa kami..

ok cukuplah dulu kots... heee.

Cuma nak bagitahu.. next week.. Buku kajian zar yang ketiga.. Buku 'Economic Valuation of Freshwater Fish in Pahang' akan dilancarkan... Alhamdulillah..  hadiah advanced utk hari jadi ke 41. Buat buku ni tak de royalti tau.. sekadar menambah ilmu dan berkongsi ilmu..

Dan.. untuk awak.. ya awak... (saya tahu awak akan baca ni..) Selamat pergi dan balik... doakan saya jua...

Till then....:-)

12 comments:

  1. Salam Zar ...

    Selamat tahun baru.
    Semoga apa yang dirancang , Allah permudahkan ....

    Lama tak singgah sini.
    Mood pB nak berblog pun kejab ada , kejab tarak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pb.. in shaa allah.

      allah beri yg terbaik buat kita..

      mood berblog mmg pasang surut.. tak tahu nak cerita apa

      Delete
  2. Salam Zar..samalah kita..sejak akhir2 ini dah kurang berblog dan kurang berfb jugak..

    Lain orang lain citarasa dan pandangannya.. dalam mendidik anak, kita cuba yang terbaik demi kebaikan mereka di masa hadapan.

    hehehe..orang ingat jadi bos ni senang, sebenarnya, pening kan Zar...sabor jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azwa

      mmg tak amik pot pun pasal org lain.. sekadar baca.. yg baik kita amik panduan yg buruk jadikan iktibar.. tak perlu nak ulas lelebih bila cara org tak sama dgn cara kita..

      mmg susah jadi boss.. sakit dada hari hari mengenangkan.. zar ni nampak je garang tapi jenis tak sampai hati.. tak reti nak marah marah.. bertabah ajelah

      Delete
  3. salam kak zar...angah pun setuju akak hantar ika pi sekolah agama, sekurang-kurangnya terjamin ilmu agamanya.

    ReplyDelete
  4. Zar..yang penting zar suami isteri dan cik ika..
    In sya allah ika akan buat yang terbaik.
    bukan jauh pun kan zar.tabah je zar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak erna..

      yg pntg kami nak yg terbaik utk anak kami.. in shaa allah..

      terima kasih kak.. memahami dan menyokong

      Delete
  5. wahhhhhh...rupanya masih giat di sini...maks jugak still mengarang dah tak de hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. updet juga sesekali.. melepas gian nak menulis

      Delete
  6. hai kakak chantek
    jarang apdet smpi lupa yg akak ada blog ;)
    maklumlah .. dah tahu perkembangan kat fb

    betul tu, wpun kita dah yakin nak buat sesuatu
    nak jugak tanya pendapat orang
    dr mcm2 pendapat, ada yang sama dan ada yg x sama ngan kita
    mcm akak penah cakap, janji kita yakin.. teruskan
    semoag yg terbaik utk Ika
    kalau mampu, sy pun nak dia skolah mcm ika tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello tokei hc yg cute.. dah ada produk baru ek..

      bagi pendapat ok irfa tapi bila pendapat dia x sama dengan pendapat kita bukanlah pelik sgt.. masing masing ada cara dan kehidupan yersendiri. Mula mjla mmg kak zar rasa lecik hati juga mcm lah kami ni mak bapak yg tak reti tanggungjawab tapi bila cik hubby pujuk pujuk..rasa lega sgt.. adatlah manusia berbagai ragam. Now dah ok dah.. heheje

      Delete