Ibuika memang overpun.. heheehe
1 Muharam yang lepas Cik Ika selamat dah habiskan mengaji dan khatam Al Quran. Lega zar, selesai satu tanggungjawab kami mendidik dia mengaji. Tapi tanggungjawab lain masih berterusan. Pastikan dia terus mengaji, betulkan tajwid dan faham isi kandungan ayat ayat Al Quran tu sendiri.
Pada sambutan Maulidur Rasul yang lepas, surau kat rumah zar buat majlis khatam al quran sekali.
Sebelum majlis bermula..
Bunga telur ala henglish style.. pilihan cik ika.. TQ pada anak anak sedara zar, Kakak Nurul dan Nana yang telah upgred bunga telur ni jadi sweet sangat...
Cik Ika..
Dan hari sabtunya zar buat majlis kesyukuran dengan keluarga, jiran jiran terdekat dan sanak saudara. Cikgu cik Ika pun datang. Menu utama kambing golek dengan 3 sos, kentang lecek, salad sayur, roti. Menu lain nasi minyak, ayam masak merah, dalca daging dan jelatah. Apalam pun ada. Nasi tu zar hantar beras basmathi pada katerer tu.. tak mahu guna beras lain.
Pemanis mulut pula zar hanya tempah cream puff. Mak zar buat tapai pulut yang sedap banget. kak long pulak buat puding dan bubur kacang durian. Lepas tu murah rejeki Cik Ika.. ramai yang bagi kuih muih.. kuih talam dua tiga jenis.. ada puding, kuih cara, marshmellow, kek coklat, brownies, karipap pusing, cheese tart, salad buah dan dua tiga jenis kuih lain. Terima kasih banyak banyak.
Tetamu yang hadir..saudara dari jauh dan dekat. kebetulan anak anak saudara mak dan abah pun berkumpul sebab mak dan abah zar bakal menunaikan umrah.
(Kak erna, mohon share gambar ya!)
Terima kasih kak erna dan Irfa kerana hadir. Dan Siti Suhana, Azwa dan keluarga. Ada tak nama lain zar tak sebut? Maaf kalau layanan kurang memuaskan. :)
Pada rakan rakan blogger yang tidak dapat hadir.. tak apa.. InsyaAllah kita jumpa lain kali.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.





Tahniah pd ika
ReplyDeletetahniah juga pd mama dan ayah ika
Terima kasih kasih ibu
DeleteSalam perkenalan..:-)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalah eja comment kat atas tu hehehe
ReplyDeleteAlhamdullilah zar
Tahniah pada zar dan keluarga :)
Sejuk hati mak dan bapa nurul zulaikha :)
terima kasih ummi
Deletesejuk perut kata orang .. hehhe
Alhamdulillah hajat dah tertunai.insyaallah cik ika. Akan terus belajar membaca dan memahami alquran
ReplyDeletekak erna
Deleteterima kasih kerana sudi hadir..
harap harap begitulah kak.. seimbangkan dunia dan akhirat.. kami mak ayah pun banyak kekurangan dan kelemaan. harap harap tak tersasar dalam mendidik anak sorang ni
Terang hati Ika...Leen belum khatam lagi...separuh lagi to go.
ReplyDeleteleney
Deleteinsyallah.. nanti giliran leen lah pulak.. bagi dia semangat. ika pun mengaji 3 kali jer seminggu sebab tusyen semua bagai tapi suruh dia lama sikit sekali mengaji sekurang kurangnya 4 mukasurat sekali..
Tahniah utk Cik Ika.....Mewriahnya majlis tu.....
ReplyDeleteMP
Deleteterima kasih
kenduri kali memang terasa meriah sbb jiran jiran pun ramai yg datang.. adik beradik berkumpul
ala comeynya eka..ala ala princess muslim
ReplyDeleteibu vogue
Deleteterima kasih..
harap harap dia istiqamah berhijab sampai dewasa nanti... insyaallah
comelya cik ika... besar dah anak ibu ni.. meriah betol majlis.. seronok kan..
ReplyDeleteMulan
Deletememang dah besar anak dara sorang tu.. buah hati pengarang jantung tu..kalau dia tak de sunyi rumah..
kenduri tu seronok sbb masa ni lah berkumpul adik beradik.. hehe
sampai hati tak jemput kita... tak perlah..lain kali yer...
ReplyDeletenet
ReplyDeletenext time.. kita buat khas untuk geng blog dan fb jer.. kita kita jer noks