Nak cerita pengalaman kat Los Banos Phillipina pun dah basi.. heheh gambar pun tak banyak tapi banyak gambar zar kat peserta daripada negara lain cuma dorang tak emel lagi.
Sepanjang kat sana pun zar tak berjalan. Pergi kelas balik kelas. malam cari makan kat luar kampus which is punyalah tak bes sebab kat sana khinzir roasted merata rata..melekat habis bau kat baju.. loya.. balik tu memang kena basuh baju terus.
Inilah universiti tempat zar tinggal. macam studentlah pagi pagi jalan kaki pi kelas.. petang balik..
Balik tu kami ramai ramai semua peserta singgah Tasik Laguna.. masa tu ada perayaan apa ntah.. cantik tasik tu.. layanlah sunset pula.. rindu menggebu gebu masa tu.. leleh air mata woo... Tak best kan citer tanpa gambar.. hehhehe
8 hari di Phillipina berat zar turun 4 kg. Mana taknyer hari hari berjalan kaki dan makan sekali sehari je.. itupun kadang jumpa nasi kadang tak. belasah lah magi atau roti cicah gulai dalam tin. ada sekali keluar ikut peserta pi dinner kat luar.. alahai.. bergelodak dalam perut bila dorang order kaki khinzir masak gulai apa ntah.. sabar ajelah.. esok tu zar tak ikut dah. join peserta daripada Brunei. dorang ni bagus.. sangat jaga makan. rokok tak hisap, arak tak minum.
Tapi apapun pengalaman sangat berharga. Dapat ilmu ekonomi TEEB.. The Economics of Ecosystem biodiversity. Org ekonomi tahulah kot apa TEEB ni. satu kaedah baru nak nilaikan significant biodiversiti negara.
Sampai KL jam dua pagi terus ajak cik hubby makan kat restoren mamak.. order nasi beryani koooo.. hah hambek!!!


singgah dari blog Zino dan follow ..
ReplyDeleteAl lavendari
DeleteSalam perkenalan.. :-)
seronok zar boleh jalan sana sini :)
ReplyDeleteummi suka pokok tu, cantik sangat, kat taman tasik taiping banyak kan :)
kadang-kadang tak makan nasi 2 hari pun sekali makan kalau boleh nak makan 2 pinggan terus, kemaruk :)
Ummi
DeleteAlhamdullillah tahun lepas mmg kerap oversea trip.. Singapore jogjakarta jakarta phillipina. Tahuna ni macam sepi jer.. Dah bulan feb pun memerap kat ofis lg. Kami kena tunggu pilihanraya lepas br boleh start projek maklumlah projek zar berkaitan royalti dan cukai.. Fahm faham ajelah..:-)
Taman tasik taiping mmg pokok pokok cantik.. Melayut sampai ketanah reedup je..
assalam zar..8 hari 4kg? bestnya zar..
ReplyDeleteAs salam kak erna
DeleteKat kl jangan haraplah dapat turun 4kg dalam lapan hari.. 400 gram pun belum tentu..hehehe:-)
kena lah berjalan selalu utk slim hehe
ReplyDeleteZino
DeleteSebenarnya kat sana organiser sediakan kenderaan tapi kitog mengada nak jalan kaki. Kalau tak mmg tak sempat ronda kaasan universiti pun.. Tu yg suka jalan kaki.. Singgah sana singgah sini.. Mmg boleh kurus kalau sambung belajar kat sini