Monday, December 24, 2012

~Tuan Tanah Kedaung Busy~

Lama jugak zar tak menulis ni. Tak tahu apalah yang disibukkan sangat. Balik daripada Philippina, memang terkejar ke sana ke mari.. pi Penang balik KL, pi UPM jumpa consultant.. kejar sana sini..

Alhamdullillah buku zar start cetak hari ni. Dah cemuih dah bak kata orang buat editing.. dah jadi darah daging dah.. heheheh. Insyaallah bulan dua ni akan dilancarkan...

Kejap aje dah nak cecah 2013. Usia pun dah masuk four series. Kalau tak berubah lagi tak tahu lah nak kata apa dah. :)

Minggu ni nak cuti seminggu. Nak ziarah mak dan abah.. may be ada yang tahu may be ada yang tak. Masa zar di Philippina, rumah mak zar di Taiping dipecah orang. Barang kemas dan wang tunai 6 ribu lesap diangkut pencuri. Mujur mak dan abah tiada di rumah malam tu sebab sibuk menguruskan dusun di Kuala Kangsar.

Macam zar dululah.. mak zar sedih sebab barang kemas tu pusaka opah zar. Duit tunai tu tak lah ralat sangat. Tapi selalu zar call mak dan ingatkan kena redha .. kalau itu cara Allah SWT nak sucikan harta kita.. redha .. ketentuannya begitu.. Buat masa ni mak zar kurang sihat sebab dia trauma jugak.. tak mahu ke mana mana.. anak anak bergilir ganti balik kampung menemankan mak zar tapi anak perempuan dia ni.. sibuk sangat dengan hal dunia.. huhuuhuh sedih.. tapi zar memang selalu call mak.. mak zar cakap dengar suara zar pun dia rasa dah tenang, kalau ada masa baliklah kalau sibuk, selesaikan kerja dulu.. lagilah buat zar sedih..:(

Kadang kadang rasa nak marah juga dengan orang di kg di Taiping tu. Memang kami tak kenal sangat orang disitu, sedara mara pun tak ada. Abah zar beli tanah dan buat rumah.. peliknya kalau org kg datang ke rumah bukan sebab nak tanya khabar sangat tapi hujung hujung nak pinjam duitlah, nak pinjam van, nak pinjam itu ini sampai pembakar roti pun nak pinjam..

Tak pernah lagi abah zar cakap tidak pada hajat orang kg tu tapi bila abah zar ditimpa musibah macam ni bukan nak tanya khabar lagi dikutuk kutuk adalah.. Kononya abah zar suka berlagak tunjuk sgt dia berharta tu pasal rumah kami dimasuki pencuri. Pemikiran sangat kolot..  tak suka betul. Adalah sorang dua yang baik dan ikhlas tapi kebanyakan memang suka amik kesempatan.

Mak dan abah zar nak buat umrah Feb ni. Zar dan adik beradik lagi decide lepas balik umrah nak suruh jual saja tanah dan rumah di Taiping tu. Samada duduk di rumah Kuala kangsar yang kita tahu keliling kampung tu semua sedara mara, adik beradik mak zar. Susah senang ada jugaklah tempat mengadu ataupun cari rumah lain di sekitar area pinggir KL supaya senang kami adik beradik nak jenguk selalu.

Bila bincang adik beradik zar, memang susah nak dapat kata putus. Semua serah pada zar untuk pujuk abah. Bukan senang nak bercakap dengan orang tua suruh jual rumah ni.. nanti kita pulak kena balik.. apapun harap semuanya berakhir dengan baik baik aje. Kalau mak dan abah nak duduk area dekat dengan KL lagilah kami suka. :)

Doakan zar ya...

6 comments:

  1. kesiannya, rasenye elok benor mak & abah kak zar tu balik ke ke kuala kangsar tu, ada juga sedara mara tolong tengokkan.

    ReplyDelete
  2. Angah

    Tu lah kak zar raa pun eloklah balik ke kuale je.. Keliling rumah semua sanak saudara, susah payah ada juga org nak jenguk.. Tapi lagi bagus kalau depa nak balik kl semula.. Dekat dgn anak anak. Klu jadi pujukan kak zar, nak suruh depa beli area rumah kak zar ni je.. :-)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Zino

      Memang akan cari jalan terbaik.. :-)

      Delete
  4. ada rumah kt tepeng ke? rumah mertua kat sana jgk.. kuala pon dekat jgk kan.. better duduk dekat sedara mara.. macam mak la takmo pindah sbb nak duduk dekat sedara mara.. senang katanya.. betol jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulan

      Mmg duduk dekat dengan saudara mara lebih baik tapi tahu ajelah hati org tua.. Kita berbuih mulut beri advise dan cadangan, tak mahu didengarnya.. Sabar ajelah

      Delete