Tuesday, December 04, 2012

~Nostalgia Gunung Merapi, Jogja~

Waktu sekarang ni, zar dah pun berada di Los Banos, Laguna, Phillippina  atas urusan kerja. Jadual memang padat dan bab bab hal makanan halal ni  seperti dijangka memang agak susah sikit nak jumpa. Mujur bawa ration daripada Malaysia.

Tapi kali ni nak cerita nostalgia di Gunung Merapi, Jogjakarta yang zar pergi Oktober lepas.. Sebelum balik nanti, nak cerita pengalaman kat Los Banos ni plak.. :)

Ni mercu tanda masuk kawasan Gunung Merapi. Kawasan ni dulu adalah hutan simpan yang penuh dengan pokok pokok tanah tinggi.. sangat cantik macam kat New Zealand.

Sekarang ni semua pokok tinggal tunggul aja ekoran dari trajedi letupan gunung berapi pada Oktober 2010. Kerajaan Indonesia sedang dalam usaha menanam semula pokok pokok sejak setahun lepas.

Ini kawasan laluan lahar dingin katanya. Iaitu air dan lumpur. Kawasan laluan lahar panas di kawasan atas lagi. Tapi menurut cerita selepas lahar dingin, kemudian saki baki lahar panas iaitu lahar bara juga, melalui kawasan ini menyebabkan semua pokok mati. Nampak tu, tinggal tunggul aje.

Jadi terbelah dua kawasan ni akibat laluan lahar.. SubhanaAllah.. Maha Suci Allah, menjadikan gunung, sungai dan tanah sebagai bukti keEsaanNya.

Kerja kerja baik pulih sedang dijalankan.. semoga kawasan ni membangun semula dan pokok pokok biasa tumbuh.
 
Sembang sembang dengan penjual ni sambil pekena kopi indo. Menurut cerita dia, dia hanya boleh balik ke kediamannya di Gunung Merapi selepas setahun trajedi tu.Sebelum tu memang tak boleh masuk. Asap belerang masih tebal.. udara sangat tercemar dengan belerang.

 
Dan zar nak maklumkan.. Ini sahabat sahabat satu Jabatan dengan zar yang sama sama mengikuti kursus ni. Yang dihujung sekali baju putih tu baru je meningalkan kami semua pada 27 November 2012, hari selasa lepas akibat komplikasi jantung. Mudah mudahan roh Zailani bin Man (Mojo) ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah. Marilah sedekahkan Alfatihah kepada sahabat zar tu.
 
Semuanya adalah nostalgia. Mojo lah yang bantu zar pilihkan cincin perak berbatu hitam (ikut sunnah nabi) di kedai membuat perak di Jogja dulu sebab zar nak hadiahkan pada cik hubby. Arwah memang minat cincin. Dia siap bercerita bentuk cincin yang sesuai untuk cik hubby. Kata cik hubby pula, pagi arwah meninggal, cik hubby kata cincin tu terjatuh sampai tertanggal batunya.. Allahu Akbar.. semua kejadian pasti ada hikmahnya.
 
Alfatihah.

6 comments:

  1. Al Fatihah untuk arwah Mojo..semoga rohnya tenang disana.

    Selamat bertugas dan jjcm di Los banos zar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alfatihah

      terima kasih azwa

      dah dua minggu balik dr los banos, berat pun dah naik balik hehehhe

      Delete
  2. alfatihah...

    kami tak sampai jogja lagi.. nak sangat pi sana... boleh cari cincin utk hubby jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulan

      jogja bandar yang tenang tenang aje.. makan pun sedap sedap.. kalau nak beli perak pergi tempat pembuatan dia terus.. memang murah dr kl, design pun cantik cantik

      Delete
  3. Hi Zareda, wow! Nice place. This one country I have not visited. maybe one day.
    Love the pics and very nice country side.
    Have fun, keep well.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi unclee lee

      thank you for dropping by... :)

      Delete