Thursday, January 05, 2012

~Sekolah Dah Buka Kembali~

Anak dara kecik tu dah masuk Tahun 5. Sekejapan aje rasanya. Masih teringat kenangan dia masuk Tahun 1 dulu, yang zar cari dia sampai zar nangis tersedu sedu tepi longkang, walhal anak dara tu happy seronok dengan kawan kawan dia. :) Memang over IBUIKA. Hehehe

Tahun ni perancangan zar lebih ketat untuk Cik Ika. Dia akan masuk tusyen KOMUN dan zar akan pastikan dia khatam Al-Quran tahun ni.. Tahun depan kena konsentret exam jer. Memang lah bunyinya macam kejam aje tapi sebagai ibu zar mahukan yang terbaik untuk dia. Bab solat, tutup aurat.. alhamdullillah zar syukur..  walau kengkadang kena suruh tapi dia dah ada kerelaan dan kesedaran sendiri.

Tahun lepas keputusan exam tak memuaskan hati zar. Nak marah, nak pukul pun tak guna tapi apa yang penting perancangan seterusnya.. Kena fikir yang terbaik. Orang kata ikut kemampuan anak tapi kalau keputusan exam kurang bagus, zar tak lah sekuat itu untuk bersenang senang hati dan redha. Sementelah anak zar sorang aje.. harus kami sebagai ibubapa lebih mempunyai perancangan yang teliti. Siapalah tak sayang anak kan..

Agree..

Cik Ika...

Bercuti di Kuantan

Mari kita doa sama sama....

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang anak anak kami pelajari, dan berkatilah segala ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak kami, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Ikhlaskan hati anak kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak kami dalam menuntutilmu, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.

Amin.. amin..amin.. Ya Rabul Alamin...

9 Komen:

Masy said...

sok2 dah tingkatan 5.. sedar2 je kak zar nak dapat menantu! heheheh

nazqim bookstore said...

Kak Zar,
Goal yang sama - nak bagi Leen khatam Quran tahun ni. Anak2 saya pun sederhana je dalam pelajaran. Saya selalu berangan dorang surprisekan saya dengan result gempak satu hari nanti. hehe..

MOKCIK AZWA said...

Comelnya Ika pakai tudung syria tu hehe..kejap jer dah besar kan anak dara Zar..

Azwa pun tak nak tekan sangat anak2 utk dapat keputusan sangat cemerlang dalam exam. jangan fail sudah! tapi bab solat ngan aurat memang kena jaga. kalau tak bising cik abe hehehe

Irfa said...

saya masih ingat kisah itu..masa cik ika drjah 1 ;)

anak dara di kg,tengok cik ika yg sebaya dengan dia ni buat saya rindu

anak dara sy akhirnya khatam jugak bulan 12 cuti skolah yg lepas..

amin utk doa itu

Zareda Norman said...

Masy

Aduyai.. Nak bermenantu? Tua dah memon masa tu..heheh. Apa pun doakan agar akak dapat didik cik ika jadi wanita solehah dan akak dapat menantu yg soleh.. Insyaallah...

Zareda Norman said...

Leney

Tu lah kan.. Sll gak akak berangan anak naik stage amik hadiah tapi setakat syukur sbb dia masih kesayangan akak wpun result tak meletop.. Tapi sesekali mak dia naik hantu gak...

Apapun doa yg baik baik utk anak anak kita.. Biar berjaya dunia dan akhirat. Insyaallah

Zareda Norman said...

Azwa
Klu ikutkan cik hubby zar dia nak hantar anak dia sekolah pondok jer.. Biar penuh ilmu agama.. Sok sok hiduplah dengan harta yg tak banyak mana kami tinggalakan ni.. Sementelah dia sorang jer..

Tapi zar tak mahu ika ketingalan dunia juga.. Biarlah berjaya ilmu dunia dan akhirat..

Zareda Norman said...

Irfa

Kagum kak zar dgn irfa.. Kuatnya hati berpisah dgn anak.. Klu kak zar mahu meroyan rasanya.. Bukan tok nenek dia tak mintak nak jaga ika tapi kata cik hubby akak, beranak lapan pun dia tak bagi anak dia...

Apapun irfa tabahkan hati.. Doakanbuat kakak yang terbaik utk dia.. Insyaallah

Irfa said...

kak zar..
nak kata kuat sgt tak jugak..hari2 tepon sampai 5,6 kali..dengar suara dia yg ceria sy dah gembira.
tapi niat saya kerana nak gembirakan mak ayah saya..kata mak 'bila kakak kat kg kerap la sikit kami balik'insya Allah jika kewangan mengizinkan..sy tak ammpu bagi wang ringgit dan kebendaan..
lagipun kakak yang nak.bukan kami paksa.