Topik ni zar amik dari buku HM Tuah, Cipta Syurga Hati. Zar suka dengan apa yang diperkatakan sebab memang tepat dan kena sekali..
"Mengapa seronok sangat bercerita tentang hal orang? Salah satu sebabnya kerana menyangka diri lebih baik atau dengan perbuatan itu keburukan sendiri akan tertutup. Ia juga disebabkan hati telah menjadi bangkai ataupun bangkai telah berada di situ. Ingatlah...orang yang suka bercerita perkara buruk tentang orang lain membuktikan bahawa tiada 'syurg' dihatinya. Mata dan pintu hati mereka telah tertutup untuk berbuat baik sesama insan."
Kata Imam Al-Ghazali, 5 perkara mendorong seseorang bercerita perihal orang lain:
1. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadidan kehormatan seseorang;
2.Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
3.Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya;
4.Bergurau dan suka berlawak untuk mencela serta mengatakan kelamahan dan kecacatan hinggan mengaibkan orang lain; dan
5.Sikap suka mencela disebabkan rasa bongkak kerana memandang rendah orang lain.
Semoga menjadi panduan pada diri zar jua. Kalau ikutkan hati dan perasaan, dah lama dah hati zar ni luka parah dengan sikap dan perbuatan rakan sekerja yang sama sama mencari rezeki dan rahmat Allah SWT di tempat yang sama.
Puas dah berbuat baik dan cuba berlapang dada dengan apa jua perbuatannya. Kadang kadang cuba gak buat tak tahu tapi ada jer yang menyampai-nyampai apa yg dia cakapkan pasal zar, yang kadangkala terasa terhiris luka nyilu sampai ke hulu hati... sob sob:(
Mungkin zar pun tak sempurna.. selalu terlepas cakap agaknya. Muhasabah diri... Sabar.. sabar.. sabar....
12 Komen:
Zar,
Kami ada satu kes kerana ada orang seperti ini..yang merasa dirinya lebih baik daripada orang lain..alahaiii...
Zar... semoga kita dijauhkan dari tergolong mereka yang tercela sifatnya..
zar akak pun masih cuba mengawal diri....macam2 dah rakan sekerja(seorang je)buat hal..akak masih diam diri tak melenting..baru2 ni..lagi dasyat..saje je bawak kasut masuk..sebab dia tau bila kotor akak akan tolong cuci..suka sangat apa yang zar kongsikan ni..lega sikit hati..dah malas nak cari salah diri sendiri dah..rasanya betul kata HM tuah..memang dalam hati dia dah ada bangkai.
Azwa,
Org macamni kita boleh buat ujian personaliti dia.. Tengok dia berada dalam kelompok mana dan kenalpasti kelemahan dan kekuatan dia..
Bak nak menentang musuh, kita mesti tahu kelemahan dia kat mana.. Ala lawyer mesti lebih pakar kan kan kan.. Hehehe
Kak anie
Doakan aje semoga mereka dan kita juga diberi kekuatan iman, petunjuk dan hidayah... Insyaallah
Kak erna
Sabar aje.. Sebab sabar itu penawar hati, pasti ada manisnya nanti...
yg penting hati mesti bersih
kat tmpat krja saya pun ada orng macam ni..semua yg kita buat tak kena di matanya......suka pulak mmburukkan orang.....mmng kita perlu sabar hadapi orng mcm ni........
Salam Ziarah,
Tak suka jumpa manusia cam gitu..
PB
hati yang bersih memang akan terpancar pada air muka yang tenang... InsyaAllah
MP
manusia macam ni memang bersepah.. nak tak nak memang kita kena hadapai.. ragam manusia kan.. tapi kita kenalah kuat hati dan sabar, makin kuat kita sabar makin kental hati kita...
kak nani
memang zar pun tak suka dapat kawan cam gitu tapi hadapi jugaklah dan adapt dengan positifnya...
Post a Comment