Memang tergedik gedik nak tengok muvie ni bukan sebab novelnya tapi sebab AA. Zar dah beli tiket online tengahari Jumaat tapi sekarang kan kami tengah busy preparation persidangan seMalaysia so tetiba aja hal tergempar tengahari tu so burn aje tiket.. sob sob .. tapi Che Kiah gigih cari tiket dan beli online tengahari Sabtu plak.
Muvie ni diadaptasi daripada sebuah novel. Zar pun dah baca novel ni lama dulu tapi tak membuatkan zar baca 2-3 kali. Biasa aje bagi zar isi ceritanya. Tak sama dengan novel Manisnya Cinta yang zar baca ulang ulang sampai lunyai dah novel tu...
Maya Karin sangat naif dalam muvie ni.. muka dah ok kekampungan tapi pelat dia tu tak tahan.. kena makan belacan banyak sikit ek Maya.. :)
Masa scene ni cik hubby kata.. "ambui makcik, kening nipis tu.. buat threading agaknya??"
Terasa I tau... :0
Wallah.. mamat ni sangat best berlakon.. Dua dua scene dia.. dua dua zar nangis.. Uwaa.. muka dia sangat ikhlas.
Satu, masa scene masa dia kejar Izzah kat stesen keretapi.. huuu muka dia sangat berharap dan ikhlas...
Dua, masa scene masa dalam perahu, Izzah balik masa Harris bernikah lain tu.. Dia tanya Izzah dah kawin ke belum.. Kalau dah kawin bolehlah dia berhenti mengharap.. huhuuhuh sedih woooo
Scene ni sangat bahaya.. Kalau bawa anak, cepat cepat sensor ni..
:-)
Scene ni menyaksikan air mata AA. Ya bagi zar lelaki sejati akan menangis.. bukan teresak esak tapi cukuplah deraian air mata tu..
Zar tak pandai nak komen secara keseluruhan. Zar pun bukan pakar filem tapi dari pandangan zar bolehlah ditonton muvie ni. Jangan berlagak cakap tak menonton muvie melayu.. penat lah layan orang macam ni ok..
**Sinematografi sangat cantik. Bak kata Pinut.. pemandangan sawah bendang berlatar belakang gunung memang awesome. Jarang berlaku dalam filem. Rumah rumah kayu dalam filem ni sangat klasik dan komtemporary.. Suker-suker memang idaman rumah cam gitu..
Scene di ladang teh.. huhuhhu sangat menyentuh hati.. Kenangan makan scone dan minum teh di lereng teh memang sentiasa terpahat di hati zar... :)
Zar paling suka last scene.. gambar suasana senja, kapal berlayar mengikut bayang matahari.. lawa weehhh..
**Ada beberapa scene yang kurang kemas. Memula Izzah dah kena koyak baju bagai dek tokei kelab malam tu, aleh aleh bila AA sampai, dia dah berkemban, padahal dah pengsan.
Kemunculan Mila tiba tiba sangat. Dan dia pun garang kemain lagi.. muka sweet tapi garang.. cam no tu??
Lagu OST tu berulang ulang sangat lagu yg sama. Rimas kengkadang, kengkadang tak sesuai dengan scene tu.
Masa pak dolah bagitahu haris tu anak dia.. dia ada sebut MEROYAN, sepatutnya masa tu scene serius giler tapi tetiba semua org gelak.. ahhahhaha konflik emosi disitu..
Scene Izzah dibawa ke pejabat dan kena sound dengan Dato Suffiah, Izzah muka stone aje.. tetiba Harris nak pusing tu dia keyit mata kat Izzah.. ayooo sangat cute disitu.. I suker..I suker..
**Cik hubby plak komen
i. Kening nipis makcik Izzah tu.. ala ala buat threading gitu
ii. Masa scene Izzah buka kasut harris, tetiba cik hubby cakap.. uiihh lawalah kasut AA.. pulakkk!!
iii. Scene Mila minta cerai.. Cik hubby komen, kenapa tak buat ending dorang tu sanggup bermadu... Aiikkkk cik hubby ni sesuatu lah.. huhuhuh
So marilah support filem melayu ok..
Good work AA!!






13 Komen:
Zar..teringin nak tengok ombak rindu ke..teringin nak tengok AA..he he
kak erna
tengok AA..
ahhaha telus sungguh jawapan ku ittewww
teringin jgak nak tgok... tpi blm berkesempatan..
dalila
tak apa.. sekarang tgh panas.. tiket fully booked aje.. tak lama lagi kuarlah kat astro first tu
mem tak sebut pun nak tengok elok la tu hehe
zino, mem tunggu masa jer tu.. tungguuuu
oh best ya.. nanti nanti kita nak tengok jugak..
Babak dalam bilik kat rumah Pak Dolah mmg buat air mata saya berderai. "Abg rindu, Abg rindu sgt.." owhhhh....sangat sayu...
Cerita ini, lagu ini memang saya bawa kemas dalam hati hingga ke Kuching...ada sesuatu yang ditinggalkan di Pulau Mutiara ni...sangat sesuatu
entahlah zar, ummi bukan peminat AA so macam tak ada hati plak nak tengok cite ombak rindu ni :(
sorry ye big fan AA :(
skrg kat astro box office ada movie parit jawa yang tak di siarkan kat panggung wayang tapi pelakonnya memang hebat-hebat, eman manan dan lain-lain lagi
cerita ni memang touching, apa yang buat kami beli cerita ini sebab encik abah kan berasal dari parit jawa, so mesti kena tengok :)
Mulan, mesti tengok kalau dah baca novelnya.... :-)
Maria, apakah sesuatu? Klu yg ditinggalkan sesuatu yg menyedihkan eloklah berhijrah.. Carilah sesuatu yg baru pulak di kuching...
Take care ok
Ummi
Citer parit jawa tu kidah masyarakat jawa kan... Rasa nak beli jugak citer tu.. Dan misteri jalan lama.. Pun menarik jugak..
hahahha..senyum sensorang baca komen kak zar..sy tengok iklan kat tv je.tapi bab baring atas katil tu 'kuat sungguh hati bini dia yer'
tak sanggup bayangkan suami ngan org lain w,pun hanya lakonan.over mak nak :-)
Post a Comment