Thursday, December 01, 2011

~Ok.. Ko dah Tua Sebenarnya~

Majlis nikah dan bersanding adik zar baru ni, memang kami adik beradik jer uruskan. Mak dan abah tak campur langsung. Dah tua pun mak dan abah zar, dah tak larat so anak anak jer uruskan. Dari dewan, makan minum, goodies bag, bunga telur, jemputan, kompang dan segala bagai mak nenek lagi persediaan kami buat slow slow sejak dorang bertunang bulan Julai tu.

Penat memang penat, malam kenduri tu kami buat kerja kat dewan sampai jam 2 pagi. Hari kenduri lagilah penat. Tapi rasa puas hati sebab ramai saudara mara jauh dekat yang datang. Yang tak berjumpa bertahun tahun pun datang memeriahkan majlis. Puas hati sungguh!

Bila dah jumpa saudara mara ni..ramai yang ingat zar ni kak long sebab muka memang hampir sama, suara memang exactly sama  dan bila mak zar cakap ni bukan kak long tapi Eda.. barulah kuar ayat..

"ohh ye ke, lama dah tak jumpa.. macam rupa kak long dulu dulu"

Maknanya kali akhir dorang jumpa kami adik beradik, rupa kak long macam rupa zar sekarang...lama ler tu... hehhe tapi kak long sekarang amatlah beza dengan zar sebab dia gebu lagi.. ahhahahha

Seronok sebenarnya jumpa saudara mara ni.. masa kecil kecil dulu main berlari sama sama, tapi sekarang masing masing dah berkelek dengan anak kecik. Zar ni pulak memang jenis tak cari sedara.. (teruk kan perangai). Kalau raya tu just pergi rumah mak mak sedara yang dekat dekat aje belah mak lah selalunya. Belah abah zar memang tak cam sangat. Abah zar orang Banjar so kebanyakan belah sana putih-putih macam cina, kami adik beradik kan macam anak mami, gelap gelap aje so susah nak masuk team. Dah besar besar ni baru lah cerah sikit.. bolehlah panggil BANJARAB. hehehe

Lepas ni akan cuba ziarah keluarga sebelah abah pulak. Nak jumpa kerabat belah sana dan hayati cara hidup orang Banjar ni. Dulu masa arwah nenek ada, memang fahamlah sikit sikit kalau dia marah kami dalam bahasa banjar tu tapi sekarang ni memang tak reti langsung lah. Abah zar pun cakap banjar sepatah sepatah.. ehheheh. Dah tua dah masing-masing, harus berubah dan eratkan balik silatulrahim tu.. Zar pun bangga sebenarnya jadi anak banjar ni sebab perangai zar memang macam abah...


Sepupu zar sebelah mak.. semuanya muka ala ala anak mami.. hehhe Yang baju hijau berdua tu anak saudara zar.. solo belaka .. :)

Ni pun anak saudara zar...  dua dua ada iras rupa zar..

Ok.. ni kakak pengantin ...

16 Komen:

pB said...

hizau tu ...

Zareda Norman said...

PB, temanya hijau gitu...

Ummi said...

zar tua kat number aje, tapi muka masih vogue

zar, pandai cakap banjar tak?

Zareda Norman said...

ummi

zar tak pandai cakap banjar tapi fahamlah sikit sikit kalau org lain bercakap..

bab tua memang sensitif kan.. tapi bab vogue tu yg penting.. hihihihi

Irfa said...

agaknya bila mak ayah saya takde,
saya anak sulung akan jadi 'org tua'juga

hehe

Leney said...

Kak Zar,
Nanti Ika merajuk lagi...gambar last tu dengan sapa? heheh

Acik Erna said...

berseri2 kakak pengantin..

Zareda Norman said...

Irfa, selalunya anak sulung memang pengganti mak ayah. Macam kak long kak zar, dialah pengganti mak yang jauh di kg. Apa apa masalah kami rujuk kat dia.. :-)

Zareda Norman said...

Leney
Hehehe gambar last tu mmg dengan nurul ruziah.. Dia yang kerap meggeleseh nak bergambar dengan zar.. Anak dara sorang tu ntah kemana lesap dengan sepupu dia.. Habis tu cam no kan.. :-)

Zareda Norman said...

Kak erna

Heheheh kembang setaman tu...berseri seri kakak pengantin sebab happy nak terima adik ipar bongsu tu.. :-)

Yan said...

salam kenal..

mengeratkan silaturahmi itu baikk.. teruskannn..

MulutPayau said...

kalau buat mjlis kawin mmng penatkan.. ...tapi seronok sbb semua sedra mara brkmpul..
p/s...berseri2 kakak pengantin...

Aikido@MushroomCute@Mariea said...

Kakak Pengantin menten cute...Kak Zar, insyaallah 15hb ada meeting ICt di HQ. Nak amik kesempatan jumpa2, hai2 bye2 sebelum terbang ke Kuching....huhuu..sedihlah pasni mungkin lama tak jumpa kan..
Member baik akak yg jaga burung walid tu kata sedih...huhuuhu

Zareda Norman said...

yan

zar dah ziarah ke blog yan.. wahh suka masak ek...

salam kenal daripada zareda jua..

Zareda Norman said...

MP

kakak pengantin happy nak terima adik ipar bongsu.. tu yg berseri seri tu... tapi mmenag penat lah mengatur kenduri kawin ni. Tu baru kawin kan adik, kalau kawinkan anak sok sok harus pengsan!

Zareda Norman said...

maria, tak pi persidangan ker?

Tak palah kita jumpa nanti kat HQ je.. take care di tempat baru nanti..