Dari hari Khamis lagi zar dah mula busy ke barat ke timur, mencari barang cenderamata dan menyelesaikan hal hal peralatan persidangan. Dari pagi ke Putrajaya dan perform koir dan balik ke pajabat, bergambar dan macam macam lagi.
Petangnya ke Karaftangan di Jalan Conlay mencari bakul hamper.. harganya sangat berbaloi baloi. Berjam jam jugak kat situ memilih bakul yang halus buatannya sebegai cenderamata VVIP. Zar bercadang untuk buat hamper barang barang non timber produk seperti kopi tongkat ali, kopi kacip fatimah, produk misai kucing, produk daun karas, produk nipah, madu tualang dan bird nest sebagai cenderamata. Ini berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan kami mengenai madu lebah, binatang liar, wild ornamental, wild fruit dan macam macam lagi.
Selain sebagai urusetia, zar juga sebagai pembentang kertas kerja. Zar akan present papaer pada hari Khamis petang mengenai hutan pay* l*ut dari sudut penilaian ekonomi. Bertungkus lumus sekarang ni, sangat sibuk, sangat huru hara.. tambah harus meyeret kaki yang baru nak belajar sembuh ni..
Hari Jumaat, pagi dah ke Central Market mencari barang lagi.. Lama sungguh tak kesini.. segalanya sangat berbeza.. interior dalaman dia, suasana luaran .. teruja tau... kenangan kenangan lama pun menjengah.. hehehheh
Petangnya zar mencari bunga bunga plastik pula. Ini sangat mencabar sebab zar nak cari bunga bunga plastik ala ala bunga hutan sebab kami ada projek kajian wild ornamental plant. Paper ni zar yang buat dan dah 2 kali present. Zar buat kajian ni tahun 2007, tahun yang zar sakit teruk tu tapi sempat jugak siapkan 2 paper. Wild ornamental ni termasuklah orkid liar, paku pakis liar, palma, periuk kera dan macam macam lagi. Dapat juga cari pokok plastik ni tapi harganya ehemmm... lagi pelik rope pokok bunga plastik tu lagi mahal harganya. Tapi hasilnya sangat berpuas hati.. cantik dan sangat unik!
Hari sabtunya kami berkampung di hospital menunggu anak saudara zar yang accident motor dan harus operate tulang bahu. Balik rumah jam 2 pagi, mengadap hamper pulak.. pulas sana pulas sini sampai subuh.. tidur kejap dan sambung sampai jam 3 petang tadi. Sekarang zar tinggal sorang di rumah.. fheewwwww... masa untuk rehat.. yang lain dah berangkut ke hospital semula.
Dan terima kasih pada Sue dan ibunya yang sudi menjengah zar di rumah. Maaflah Sue kalau layanan ala ala aje.. tengah berkecah dengan segala neka barang barang hamper ni.. jangan serik datang lagi yer..
Hamper pun dah siap.. sangat unik tau, esok zar uploadkan gambar.. Sangat berlainan. Sapa sapa yang berkenan design hamper ni, boleh hubungi tokei kek ni.. idea dia memang superb, inovasi dan kreatif.. Zar sangat berpuas hati..

Kasik can I rileks rileks sekajap okay.. minda dan fizikal..



15 Komen:
selamat berehat..esok nak kije lagi kan?
kije,kije jugak, kesihatan kena jaga tau....take care and gud luck...
Rehatlah zar...akak tengok zar macam bas ekspress ke sana ke mari tak berhenti2...penat tu...akak ni baca pun rasa tak larat dah...
mamalisa
sempat rehat sambil melipat kain baju.. nak buat cam ne kan... hari ni kerja macam lipas kudung...
****************************
adeQ
betul tu, kesihatan tetap no 1, walau harta berkoyan, tak bergunan kalau kita terlantar sakit kan
kak anie
haha .. tergelak zar bila kak anie tulis dah macam bas ekpress dah.. hahahhaha
lepas conferen ni memnag nak cuti kak anie.. boss zar cuti seminggu.. zar nak cuti 2-3 hari je..
nampak macam tak cukup tangan tu. Setelah berpenat lelah, dan melihat hasilnya nanti berbaloi untuk berehat dan 'pamper'kan diri sendiri.
Dr Sam
Memang dah ada dalam planning, mahu manjakan diri weekend yang akan datang ini...
rewards kepada diri sendiri atas kerja keras untuk menjayakan conferen ni
x sabau nk tgk pic hamper tu hehe
kena rehat gak zar, kesihatan tu penting kena jaga
Zar, rehat secukupnya.... seronok kalu dpt tidur macam tu... tidur seikhlas hati
Akak baca pun dah rasa letih belum lagi jadi empunya diri... masa dapat rehat, rehatlah kejap....take care and selamat bersidang .
zar...
pas dah abis conference nih leh rehat puas puas tau...aku yg bacer blog ko nih pun dapat rase penat nyer..apa lagi tuan punya badan.. all d best... jgn lupe 16/112. muaaah
Masy
kak zar dah letak dalam FB hokay.. kalau rasa nak order utk hantaran kawin.. special diskaun utk masy.. hehhehe
***********************************************
crazy beautiful
insyaAllah akan berehat weekend ni..
kak zar suka nama cinta tu.. unik...
mak su
memang zar sekarang ni, letak kepala terus hanyut... tapi tgh malam terjaga terpisat pisat.. dok ingat kerja itu kerja ini tapi selalunya tidur baliklah.. hehheheh
**********************************************
kak rina, lepas bersidang ni, ingatkan kurang dah busy huru hara ropenyer kena keluar pulak...
dgn mesyuarat dengan team buildingnya... tapi tak pe zar suka.. busy huru hara dan dpt kualiti time dgn keluarga
sue
jumpa disana ... disana....
Post a Comment