Monday, July 13, 2009

~Rencah Rempah Hidup~

Hidup ni bukan mudah kan.Macam macam masalah akan kita hadapi sepanjang perjalanan hidup ni dari hujung sini ke hujung sana. Kadang kadang kita rasa laluan tu agak sukar dan perlukan kita lebih berhati hati, jangan tergelincir atau tersepak mana mana batu atau termasuk mana mana lopak.

Tapi kadangkala, laluan tu sangat mudah hingga kadangkala kita terlupa masa masa susah kita melangkah dan berjalan.

Apapun hidup perlu diteruskan. Samada sukar atau mudah, ianya bergantung kepada diri sendiri. Noktah!

Meh kita story yang bes bes aje. Hujung minggu yang ceria buat zar. Balik ke kampung, jumpa abah dan mak.. makan dan makan..

:)

Hari Ahad, mak zar masak kurma kambing, kari kepala ikan, ayam kampung goreng rempah, sambal belaca dengan pucuk ubi.. sungguh maveles.. tapi zar meratah lauk aje.. tak berani tambah nasi.

Sempat juga cuti dua hari tu zar berurut satu badan dua kali dan sekali sauna. Semua tu kosnya RM50 aje. Kat KL ni sekali urut aje dah RM50, tak hilang pun bisa bisa badan tu. Ni siap zar mandi air sireh, bertungku bagai.. puas hati dengan servis akak ni.. First class (sambil angkat ibu jari lah) hehhehe. Balik KL dengan badan yang ringan, otak yang fresh dan jiwa yang tenang.. cuma sesekali bila fikir jauh jauh, terasa jugak penin penin lalat.

Minggu ni agak busy dengan persiapan Sukan Kementerian. Harap harap semuanya berjalan lancar.

17 Komen:

tulipurple said...

1st paragraph tu sggh menyentuh jiwaku...uhuks'
apa2 pun sy jelessssss sis dpt gi mkn doyan balik pulau...pehtu yg mak sis masak lagi aaaa...nakkkkk jugak.tang urut ngan sauna segala dah tak tau nak kata ape...murah plak tu...hehe.
lenkali sy nak ikut sis blk kg ek...bleylah..huhu

zino said...

dengar cerita je lah doreyan tu hehe......

MOKCIK AZWA said...

wah bestnya dapat menikmati doreyan kat dusunnya juga sambil menikmati pemandangan yang syahdu tu kan..

pehtu dapat pulak menikmati masakan ibu..bestnya balik kampung..

cantiknyaa said...

zar, mesti ika seronok kan? mesti dia tengah story2 dengan khairin kat kelas sekarang!!he..he..

en_me said...

fuyohhh sauna tewww.. bestnyerrr

hanim said...

xsabar tgu durian kawan bawak balik dr kampung ptg ni. rasa MALASSSS je nak g tuisyen! hahaha, lama akak coti...

kak zar, baca majalah rapi x? best tau. byk petua dan info yang kita boleh dpt. try le..

Mak Su said...

seronotnyer, maksu ni last berurut 3 tahun yang lepas... huhuhu, badan memang sakit2 ni... :(

Ummibatrisya said...

kat mana sauna tu, macam best aje :)

ummi teringin nak urut-urut ini :)

Mas said...

Kak zar best tu....sila roger saya cemana nak contact akak tu. Ingat nak p ngurut kat dia gak? Jauh tak...mas maybe nak balik tepeng sabtu ni.

sya said...

Zar kalau nak ke opis kena bg tau kak sya supaya kak sya leh bawak sambal tu ke opis k

kakLuna said...

jln nk p balik pulau tu dh dkt la dgn umah sy yg penang tu...jln paya terubong..lani kat tepi2 jalan mmg org mkn durian saja..nak2 kat kedai yg jual durian sebijik singgit tu

Zareda Norman said...

Tulip

InsyaAllah, bebila je boleh ikut kak zar balik kg dik.. kasik sihat sihat dulu okes..

kita makan bes bes, carik deroyan..


*************************************************
zino

nak buek cam no.. jauh dokek sinun tu hah kalau nak bawak balik deroyan tu..

tapi memang kelass deroyan balik pulau ni zini.. terangkat

Zareda Norman said...

azwa

sesekali balik kampung memang dapat layanan istimewa kan..

Makan deroyan kat atas bukit tu mmg first experience bagi zar.. pemandangannya sangat cantik, deroyannya biasa aje..

Zareda Norman said...

Izan

Pi penang tu Ika tak ikut.. hehehe

Bila kita nak mengeteh ni ek??

***********************************************

en me

sauna tu utk kecantikan luar dan dalam en me ittew

Zareda Norman said...

hanim

tu ler kena beli juga majalah utk senaman ni.. badan dah kurus, bhgn tutttttt memang susah nak susut kan.. hahahha kolestrol tebal tu

dapat makan durian tu tak?

*****************************************

mak su

badan kena sellau urut untuk lancarkan perjalanan darah. Zars ebulan sekali mesti urut, kalau tak mulalah sakit dan biasa bisa badan.

Zareda Norman said...

ummi

sauna dan urut tu kat Taiping.. wiken ni Mas Nurin nak test try sauna dan lulur.. kita dengar apa kata undi.. ehheheh

*****************************************

Mas

Dah buat appoinment kan.. nanti inform akak cam ne ek.. Bagi akak, akak puas hatilah dia urut dan sauna tu..

Rumah dia dekat rumah mak akak tu...

Zareda Norman said...

kak sya

wiken ni idaklah kak.. busy sangat

nanti saya inform kak sya ek..

************************************

Luna

memula nak pi deroyan cap kaki kat kaki bukit tu, pas tu depa ajak pi naik atas pulak, kami pi bebteul tengah tengah bukit tu.. cantik betul viewnya..

Post a Comment