~Masanya Kian Hampir~
Hari ini sehingga hari Ahad nanti, zar akan berkampung di dalam stadium. Bertugas untuk memeriahkan kejohanan sukan Kementerian. Jabatan zar menjadi hos so kena bagi sambutan seberapa meriah kepada kontinjen daripada 13 agensi. Hampir 2,500 peserta. Fuhhhhh....
Masa majlis pembukaan, zar akan join koir. Selasa lepas buat recording koir sebegai back up sebab suara kami 20 orang tak mampu nak cover satu stadium. Syok juga masuk studio rakaman. Feeling artis ler pulak. :) Zar dalam group soprano dan bila habis recording suara dah macam itik seranti. Serak sebab asyik amik note tinggi. Soprano lah katakan.. hehhehe.
Teringin nak makan buah rambutan tapi pendam dulu sebab kena jaga suara. Sabar ajelah dik non. Masa majlis penutup pula, zar akan jadi emcee. Memula dapat partner lama tapi last minute tukar partner pulak. Dapat partner pegawai baru, gentar sedikit semangat zar tapi tak apa, berdasarkan pengalaman yang ada akan cuba perform sehabis baik.
Di pejabat pula, dalam kalut kalut dengan sukan ni, ntah kenapa nyonya macam mengaruk pula suruh siapkan editing buku. Walaupun zar hanya supporting dalam tugas editing tu, dia kejar zar macam zar pula incharge editing tu. Bosan!
Dah lah kerja hakiki zar pun memang banyak. 26 hb ni zar akan masuk site Kuala Sepetang lagi. Kali ni nak interview tokei arang pulak dan present paper pada geng Perak dan consultant. Ini penting supaya kajian kami tak redundant. InsyaAllah, kalau tak ada aral, kajian zar tentang hasil bukan kayu di Kuala Sepetang ni akan jadi thesis Master zar nanti. Serampang dua mata gitu.
Harap harap semuanya dipermudahkan buat zar.. InsyaAllah.
hujung tahun yg sibuk..
2 hours ago



17 Komen:
dah ada tajuk untuk research ye :)
sibuk mak cik sekarang ye
ummi
kerja zar yang selalu buat kajian penilaian ekonomi ni sebanranya satu kelebihan kalau zar nak sambung belajar. Staf zar ramai, consultant pun dari IPTA kalau buat survei memang tak jadi masalah.
Maklumat dan data dari jabatan lain pun easy access, G to G kan.. so sebenarnya dari awal lagi dah dipermudahkan jalannya, cuma zar sendiri antara berani tak berani nak teruskan..
zar...further study..?bestnye..keep it up..untung2 dapat ganti tempat nyonya tu..ahaks!
fuyoo...jadi penyanyi koir pulak yer..good luck jadi emcee tu
bahan dah ada..go for it la zar..mana tahu macam cantiknya kata tu...boleh ganti tempat nyonya tu nanti...
semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan...wahh..cargaslah sis nie..cayok!
Zar tu sume kena masuk dlm SSM nanti termasuk ngan keja hakiki lagik
Uwaaaa.......
Jadi back-up singer lagik!!
Lepas ni terus glamourlah Zar...hi hi...
Izan
memula berangan jer dulu nak sambung belajar.. tapi dari angan angan kita usahakan jadi kanyataan kan..
Harap harap dipermudahkan jalan dan cara untuk zar sambung belajar ni
*******************************************
azwa
satu hari nanti sure akan ganti tempat nyonya jugak.. nyonya pun dah nak pencen ni ada 4-5 tahun lagi.. hehheheh
tulip
kena cergas cergas.. nanti dah masuk umur 40 baru nak low profile.. hehhehe
******************************************
kak sya
sure.. semua tu kena masuk SKT.. biar berderer penuh satu page
kak tie
sekarang pun dah glamer.. ahhahha
itik seranti? ade ke akak ni, haahah... terer la tu, grup soprano lagi!
goodluck present paper nanti!
saboo jelah kak huhu
Kak zar soprano...mas kena nyanyi alto. Benci taw.Dah le orang batuk2 ni pengurus tu keje memaksa jer.
meriahnya sukan... boleh berangan kejap macam kat sukan komanwel..good luck ye zar for the MC job..jgn lupa ambik gambar MC letak dlm blog..we all nak tengok MC vogue!!
p/s nyonya tu saja kecoh2 sebab dia rindu bebenor kat Zar... nak attention tu kott...
Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]
insyallah
semoga semuanya berjalan dgn lancar.
take care dear!!!
Dah nak masuk 1 Sya'ban ni...
bila nak update???
Post a Comment